WhatsApp-DP-for-Girls-84.jpg

Ramai sudah mengetahui perkara seperti ini. Golongan lelaki lebih cenderung dengan sikap yang selamba walau ada kalanya mereka nampak serabai. Persamaan lelaki dan wanita adalah dari segi memilih dalam mencari pasangan hidup.

Kalau ingin cari pasangan bukan semudah sekali pandang terus jatuh cinta lepas tu bersanding. Bak kata orang tua-tua dulu, Tak kenal maka tak cinta. Maka dari itu kita hendaklah kenal hati budi pasangan kita tu, sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.

Bagi lelaki, tidak semua wanita boleh menepati citarasa mereka. Kadang-kadang muka secantik bidadari pun, kalau tak berkenan mereka takkan layan juga. Untuk pengetahuan gadis-gadis single di luar sana, mari ketahui 6 sikap wanita yang amat dibenci oleh kaum lelaki.

Hati-hati jika anda mempunyai perangai yang tersenarai di bawah ini, dan perbaiki jika ada.

Mengada-ngada

Lelaki memang akan cepat bosan jika wanita tersebut mempunyai sikap yang sangat mengada-ngada. Mereka akan rasa merimaskan. Jika dengan perkara kecik pun nak tarik muka dan merajuk tak tentu masa. Memang penamparlah makannya, kalau lelak itu memang tidak boleh nak tahan lagi dengan sikap sebegitu.

Mengarah

Gadis-gadis yang mempunyai sikap yang suka mengarah ini memang tidak akan menjadi pilihan lelaki. Pemikiran lelaki, akan jatuh air muka dan juga maruah jika dikuasai oleh wanita sebegini. Kalau boleh ubahlah sikap yang sering memgarah tu, lelaki memang tak suka dan memang takkan ke jinjang pelamin lah agaknya.

Suka membebel

Lelaki memang tidak suka dibebel. Bapa kita yang dirumah memang takkan tahan lama jika dengar mak membebel, mesti dia g angkat kaki lepak kedai kopi lagi baik. Apa bezanya dengan teman lelaki kita. Lelaki mereka lebih sukakan ketenangan aman damai. Paling mereka tak suka tertekan.

Badan berbau

Lelaki paling pantang dengan perempuan yang badan berbau. Mereka lebih sukakan perempuan yang wangi dan pandai jaga penampilan diri.

Suka mengeluh

wanita yang jenis suka mengeluh ni memang masalah bagi lelaki. Kalau sekali dua dia mengeluh dengan perkara yang masuk akal masih boleh diterima lagi. Kalau setiap perkara atau lagi-lagi perkara yang remeh pun nak mengeluh memang dah keterlaluan. Kalau dah berumah tangga nanti macam mana lah suami dia , mesti semua kerja rumah laki dia yang buatkan.

Terlalu bergantung dengan orang lain

Sikap yang suka bergantung pada orang lain ini adalah sikap yang paling parah. Tetapi peangai seperti itu juga paling dibenci oleh lelaki. Kalau nak ke kedai beli barang pun yang kedai berapa langkah boleh sampai kedai pun nak berhantar berteman itu dah kira menyusahkan.

Seelok-eloknya jauhilah sikap seperti di atas jika anda ingin terus disayang dan disukai oleh lelaki.

Sumber: Hanasuva.com