Kebanyakan individu akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran dalam misi menurunkan berat badan. Ada yang gigih bersenam setiap hari namun masih tiada sebarang perubahan.

Ada juga yang terpaksa menahan lapar dan mengamalkan diet tetapi keputusannya tetap sama.

Apa yang ramai tidak tahu bahawa perkara yang paling mudah boleh dilakukan untuk mendapatkan berat badan yang ideal bukanlah terletak pada pengambilan pemakanan yang sihat dan mengamalkan aktiviti senaman semata-mata.

Jawapannya adalah dengan meminum air dalam jumlah yang banyak!

Baru-baru ini, seorang penulis blog telah menjalankan satu eksperimen dengan meminum hanya air masak selama sebulan.

Hasilnya benar-benar mengejutkan ramai! Ternyata, meminum air masak memberi pelbagai manfaat yang tidak ramai ketahui dan amalkan.

#1 Boleh menurunkan berat badan dengan lebih cepat

Dengan hanya meminum air masak selama 9 hari, anda boleh kehilangan jumlah kalori yang sama seperti berjoging sejauh 8km sehari!

#2 Mengurangkan jumlah pengambilan makanan secara berlebihan

Dengan meminum air dalam kuantiti yang banyak, anda akan berasa lebih cepat kenyang sekali gus membuatkan anda kurang makan.

#3 Mengurangkan risiko pelbagai penyakit

Pengambilan air yang banyak boleh mengelakkan penyakit seperti tekanan darah tinggi, kanser usus dan pelbagai lagi penyakit lain.

#4 Kulit akan menjadi lebih halus dan mulus

Air boleh menjadikan kulit wajah anda menjadi lembut, bersih dan lembap. Dalam erti kata lain, anda akan memiliki wajah yang ‘flawless’.

#5 Reaksi otak menjadi lebih cepat dan tajam

Bahagian otak mengandungi kadar air sebanyak 75% hingga 85%. Dengan ini, kemampuan otak akan bergerak dengan lebih pantas. Dalam erti kata lain, anda akan menjadi lebih fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

#6 Meningkatkan kadar metabolisme

Minum air sebanyak 500ml setiap pagi boleh meningkatkan kadar metabolisme sehingga 24%.

#7 Proses perkumuhan berlaku dengan lebih cepat

Meminum air boleh mengeluarkan toksin dalam badan dan melambatkan proses penuaan.

#8 Menguatkan jantung

Minum 5 gelas air sehari boleh mengurangkan risiko penyakit dan serangan jantung sebanyak 41%.

#9 Menjimatkan duit

Air merupakan sumber minuman yang paling murah. Selain menyihatkan tubuh badan, air juga dapat menjimatkan duit anda!

Begitu banyak manfaat dan kelebihan meminum air pada kesihatan tubuh manusia. Jika anda mahukan pilihan yang lebih berkhasiat, anda boleh tambahkan buah lemon atau daun pudina di dalam minuman anda. Pastikan tiada gula ya?!

Sumber