Nurzhanova

ASTANA – KAZAKHSTAN.  Gara-gara memuji kecantikan wanita lain, lelaki di Kazakhstan ini kehilangan zakarnya selepas dikerat kekasihnya.

Zhanna Nurzhanova, 36, yang ‘cemburu buta’ bertindak demikian selepas mendapati teman lelakinya menghantar komen pada gambar rakan perempuan menerusi telefon bimbitnya.

Mangsa yang identitinya tidak didedahkan memuji penampilan wanita itu yang didakwa sebagai rakan kenalannya.

Wanita yang bekerja di sebuah salun kecantikan itu memberikan pil tidur kepada teman lelakinya dan menunggu sehingga mangsa tidak sedarkan diri ketika kejadian di kediaman mereka di Astana.

Nurzhanova kemudiannya menyuntik kekasihnya dengan ubat bius sebelum mengerat zakarnya.

Wanita itu turut membawa mangsa ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan di mana doktor menghubungi polis untuk memberkasnya.

Menurut jurucakap hospital, pakar bedah cuba menyambung semula organ tersebut, namun keadaannya dilaporkan ‘rosak teruk’.

Susulan kejadian itu, Nurzhanova telah berdepan tuduhan tidak jelas yang mana jika didapati bersalah dia boleh dihukum penjara sehingga enam tahun. – Daily Mail

Sumber