Cermin ini hanya boleh digunakan jika seseorang itu senyum terlebih dahulu.

Cermin ini direka oleh pereka industri dari Turki iaitu Berk Ilhan dan ia mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan cermin berteknologi tinggi ini. Ia dipasang bersama kamera dengan perisian pintar yang disambung ke sebuah peranti dan mampu mengesan senyuman.

Cermin ini dijual pada harga USD2000 hingga USD3000 setiap satu.

Ilhan mereka cermin ini selepas salah seorang ahli keluarganya menghidap kanser dan mereka susah untuk melihat cermin.

Sumber