Gambar hiasan

Mencari bakal suami wanita harus berhati-hati, ramai lelaki yang hanya berlakon baik didepan, tetapi bila dibelakang pula hanya Allah s.w.t saja yang tahu bagaimana perangainya yang sebenar.

Jika anda mengenali seorang lelaki dan berhasrat untuk menjadikan dia sebagai suami, sila selidik perangainya terlebih dahulu. Takut nanti sudah berkahwin, lain pula jadinya. Ketika itu menyesal pun tidak berguna lagi.

Panas baran

Jika hubungan masih dalam zon mengenali hati budi dan masih baru, tetapi dia punya panas baran di tahap yang sangat merbahaya, pastikan anda mengelak dari lelaki jenis ini. Jika sebelum berkahwin pun dia mudah memaki dan naik tangan, apa pula dia akan lakukan setelah anda menjadi isterinya nanti.

Kuat cemburu

Cemburu itu perkara biasa, kata orang jika tidak cemburu tandanya dia tidak sayang. Tetapi jika keterlaluan sehinggakan anda tidak dapat keluar dengan rakan wanita anda sekalipun kerana alasanya takut nanti anda dengan rakan anda keluar mencari lelaki lain, itu sudah keterlalun. Jangan terlalu mengongkong, nanti sifat cemburu buta boleh mengakibatkan dia mudah untuk naik tangan kerana hilang kawalan. Hati-hati ya!

Melawan cakap emak sendiri

Anak yang baik adalah apabila dia menghormati kedua orang ibu bapanya, jika pasangan anda seorang yang suka menengking ibu bapanya sendiri, dengan anda apatah lagi. Lelaki yang menjaga dan menghormati ibu bapanya adalah lelaki yang paling sesuai untuk dijadikan suami.

Kaki kikis

Selalunya kita dengar perempuan saja yang suka kikis duit lelaki, tetapi jika pasangan anda suka mengikis duit anda, sampai belanja makan pun anda saja yang selalu keluarkan duit, bil kereta dan motosikal pun anda yang bayarkan, itu sudah melampau. Jangan buta kerana cinta ya! Lain la jika dia sudah bergelar suami anda, ketika itu ianya dipanggil perkongsian hidup. Tetapi jika masih belum berkahwin tetapi sudah mengharapkan anda saja, sampai bila hendak begitu?

Pemalas

Ada sahaja alasannya apabila anda ingin meminta tolong, pemalas yang tahap malasnya sangat-sangat menyakitkan hati seperti ini anda harus hindari. Nanti setelah berkahwin anda pula dilayan seperti orang gaji.

Apa yang perlu anda lihat paling utama adalah agamanya, jika agamanya terbaik insyaAllah dia akan menjaga anda dengan baik. Ini kerana bagi mereka anda adalah anugerah terindah buat mereka dan tidak sesekali mereka akan sia-siakan.

Jika rupa dan harta sahaja yang anda cari, ianya tidak akan menjaminkan anda bahagia ya!

Sumber