Pernah tak kamu lihat orang yang berbadan kurus tetapi lemak sana-sani? Agak-agaknya kenapa terjadinya situasi seperti ini ya.
Orang yang bertubuh kurus tetapi mempunyai lemak badan yang berlebihan memang kelihatan sihat tetapi oleh kerana kurang bergerak dan mempunyai pola pemakanan yang tidak betul sebenarnya mengundang risiko pelbagai penyakit dalam tidak sedar.

Menurut pakar penurunan berat badan di New York, Lauren Klien menerangkan bahawa ramai individu yang kelihatan normal, bahkan kesemuanya mempunyai tubuh yang kurus tetapi selepas membuat pemeriksaan, mereka menghidap penyakit kencing manis, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

Cara paling mudah untuk mengenali orang yang kurus tetapi banyak lemak adalah dengan melihat adanya timbunan lemak di sekitar bahagian perut.

Menurut Klein, terdapat beberapa ciri-ciri orang yang kurus tetapi tidak sihat. Jika kamu mempunyai simptom-simptom seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor.

1. Tidak pernah melakukan olahraga selepas tamat persekolahan.

2. Sering mengambil pemakanan manis mengakibatkan sukar untuk fokus, pelupa dan mempunyai konsentrasi yang rendah.

3. Jarang mengambil makanan yang mengandungi protein.

4. Bahagian perut jauh lebih besar berbanding bahagian tubuh yang lain.

5. Pola pemakanan yang kebanyakannya terdiri daripada karbohidrat dan sering mengambil makanan yang diproses atau gula secara berlebihan.

6. Berasa pening setelah melakukan olahraga.

7. Mudah berasa penat dan kurang bertenaga.

So kesimpulannya, jangan ingat kamu yang kurus tu tiada penyakit ya? Sebaiknya, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui tahap kesihatan kamu.

Sumber : Remaja