Bagi yang sudah berkahwin, sudah pasti tahap keyakinan akan berkurangan jika mengalami masalah selulit. Biarpun suami tidak kisah, namun jangan sesekali ambil ringan perkara ini.

Selulit merupakan garis-garis kulit pecah pada kulit disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan kollagen dan elastin pada lapisan kulit. Selulit selalu terdapat pada bahagian lengan, perut, peha, dan punggung. Masalah ini sering menyerang wanita dan mereka sangat tidak gemarkannya.

Selulit boleh terjadi jika anda gemar memakan makanan pedas, memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.

Selain itu, tekanan dan kurang rehat juga menyebabkan kelenjar turut tertekan. Ianya mampu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam

Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit. Jika anda gemar meminum kopi dan teh juga perlu berhati-hati. Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

Apa kata anda cuba skrub semulajadi ini. Bukan setakat mengurangkan masalah selulit, skrub ini juga mampu melembutkan kulit, menghilangkan stretch mark, menegangkan serta mencerahkan punggung anda. Tak percaya, jom cuba!

CARA SEMULAJADI MENGHILANGKAN SELULIT

Bahan-bahan:

  • 3 sudu kecil tepung beras
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 1 sudu kecil minyak kelapa

Hilangkan Stretch Mark, petua Hilangkan Stretch Mark, Hilangkan Stretch Mark di punggung, Stretch Mark di punggung, selulit di punggung, cara hilangkan selulit, petua masalah selulit

Cara-cara:

Masukkan tepung beras di dalam mangkuk. Kemudian masukkan satu persatu bahan-bahan lain bermula dengan madu, jus lemon dan akhir sekali minyak kelapa.

Gaulkan kesemua bahan dengan sebati dan skrub anda sudah siap untuk digunakan!

Sapukan skrub di bahagian punggung dan biarkan selama lima minit. Kemudian urut dan bilas. Gunakan skrub setiap hari sebelum mandi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kebaikan:
Tepung beras – Tepung beras bukan sahaja mempunyai kesan mencerahkan kulit, malah ia juga mempunyai sifat pengelupasan hebat yang mampu membuang lapisan kulit mati serta memberikan kulit baru yang bersinar.

Madu – Madu merupakan humectant semulajadi dan bertindak sebagai agen pelunturan. Ia mampu melembut serta mencerahkan kulit.

Jus lemon – Juga merupakan agen pelunturan semulajadi yang mampu melembut serta mencerahkan kulit. Jus lemon juga mempunyai efek anti-jerawat.

Minyak kelapa – Minyak kelapa merupakan ramuan anti radang yang hebat dan mampu mengekalkan kulit lembut dan licin.

Sumber: The Indian Spot