Perempuan Selalu Buat! Ini Kesalahan Berdiet Punca Berat Badan Tak Turun

Perempuan paling pantang bila sebut ‘gemuk’ tapi paling mudah tak percaya bila ada orang puji dia ‘kurus’. Sebut gemuk salah, sebut kurus pun salah. Apa kau nak sebenarnya?

Biasalah yang dikejar juga adalah perkataan ‘kurus’. Pasti ada diantara pembaca pernah mencuba pelbagai jenis diet tapi satu apa pun tiada hasil bukan? Berat langsung tidak turun, malah lagi naik ada lah! Masalah diet yang tak pernah menjadi ini bukan sahaja mendatangkan rasa kecewa, malah ada yang putus asa kemudian kembali ke gaya hidup pemakanan yang tidak sihat. Bagi mereka kalau diet pun tiada hasil. lebih baik tidak payah diet langsung.

Pada mereka yang mahu berhenti dari diet atau ingin memulakan diet, nasihat Wanista periksa dahulu kesalahan ketika yang Wanista senarikan ini. Mana tahu ada yang terbuat, sebab itu berat tak pernah kurang

#1 Tiru ‘diet’ kawan
Nampak Zainab kurus dengan diet hanya minum air, anda pun cuba tapi masalah anda akhirnya jatuh sakit bukannya kurus pun. Ingat setiap individu memiliki perbezaan dari segi kesihatan dan ukuran, cari diet yang bersesuaian dengan anda. Jauhi dari diet merepek tanpa nutrien atau vitamin pemakanan.
#2 ‘Cheat day’ berlebihan
Seminggu sekali ada cheat day, anda rasa boleh kurus ke macam tu? Sebenarnya konsep cheat day tidak bagus untuk mereka yang sedang berdiet kerana ia boleh memusnahkan sepanjang bulan diet dengan hanya satu hari cheat day. Pada pendapat penulis elakkan cheat day, terus fokus dengan diet anda.
#3 Tak makan langsung
Jangan gelarkan diri anda berdiet kalau langsung tidak makan. Sehingga kini masih ramai lagi yang mencuba diet tanpa makan, anda tahu hasilnya? GAGAL! Bila badan kekurangan tenaga (makanan), anda mula terasa untuk makan berlebihan dari jangkaan sebenar.
#4 Makan benda yang sama
Jujur penulis beritahu, minggu pertama diet memang anda akan berjaya tapi pada minggu seterusnya mungkin agak sukar kerana ada terpaksa mengulangi menu diet yang sama. Lama-kelamaan anda mula terasa muak dan say bye bye to diet. Jangan begitu, kreatif dan rajin belajar menu baru supaya anda lebih selesa dan juga bagus untuk perkembangan tunas deria.
#5 Tiada rancangan berkala

Ingat, diet bukan perkara yang main-main. Ia melibatkan kesihatan fizikal dan juga mental, jadi perancangan teliti perlu ada. Ramai yang ingin berdiet akan tetapi tidak mahu serius dalam

Pernah tak anda lakukan semua perkara diatas? Jadi, no wonder lah diet anda langsung tidak pernah berjaya. Ooopss!

Sumber