Geramnya bila hujung rambut bukan sahaja berakar tetapi berbuah. Keadaan ini selalu terjadi bagi perempuan yang memakai tudung. Bukan senang perempuan bertudung nak jaga rambut walaupun kadang-kadang nampak mudah bukan ?

Mana taknya bila nak cepat, rambut pula masih basah terus sarungkan tudung. Jadi rambut yang terperap menjad busuk, berminyak dan akhirnya berbuah.

Ada beberapa cara untuk atasi masalah rambut berbuah ni.

1. Jangan basuh rambut setiap hari

Waktu yang terbaik untuk basuh rambut bagi mereka yang bertudung dan rambut panjang adalah dua hari sekali. Dan basuhlah ketika malam jadi punya banyak masa untuk keringkan.

2. Pilih syampu yang sesuai

Pilih syampu yang sesuai dengan masalahnya yang dihadapi

3. Masalah bakteria

Bakteri memang suka pada kawasan yang lembab kan. Jadi, rambut yang lembab memang  disukai bakteria selain menghasilkan bau yang busuk. Sekali sekala apa salahnya lakukan rawatan rambut ya.

4. Ikat rambut

Rambut ni pun perlu bernafas seperti kita. Elakkan ikat rambut ketika basah dan ketika tidur. Bagi ruang sedikit.